Fed Evans – Tahap Inflasi Semasa Tidak Akan Berpanjangan?

346

Presiden Chicago Fed Charles Evans pada hari Selasa tampil memberi pandangan mengenai inflasi yang kini menjadi isu hangat dalam pasaran. Evans, secara peribadi berpendapat bahawa tahap inflasi semasa tidak akan berpanjangan dan akan jatuh di bawah sasaran the Fed.

Walaupun inflasi kini berada pada tahap tertinggi dalam 30 tahun, Evan berpendapat bahawa masalah rantaian bekalan dan masalah lain akan beransur pulih dan tekanan harga akan berkurangan.

Beliau menzahirkan rasa yakin bahawa inflasi akan jatuh dan kenaikan ini tidak akan berterusan. Inflasi berada pada kadar 3.6% dari tahun ke tahun dalam beberapa bulan terakhir. Dalam masa yang sama ukuran inflasi lain seperti juga memaparkan hal yang sama.

Evan mengakui bahawa peningkatan dalam trend tersebut memberi tekanan kepada ekonomi. Beliau mengatakan ini sebenarnya bukan masalah dasar monetari namun adalah masalah bekalan infrastruktur pada masa ini. Justeru inflasi akan turun.

Walaupun begitu, Fed secara umum telah menyatakan bahawa kadar inflasi sudah mencapai sasaran dengan paras inflasi jauh di atas sasaran 2%. eh itu, bank pusat dijangka mulai perlahan-lahan menarik kembali sokongan yang belum pernah terjadi sebelumnya selama pandemik ini,bermula dengan pengurangan pembelian aset bulanan.

Dalam masa yang sama, the Fed tidak menjangkakan untuk naikkan kadar faedah dalam masa terdekat ini. Evans mengatakan bahawa cabaran terbesar the Fed selepas tapering adalah memastikan kadar inflasi berada pada paras 2% dari masa ke semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat