Fed Rosengren Memihak Empat Kenaikan Kadar The Fed Tahun Ini

43

Federal Reserve patut mula mengurangkan pegangan bon secepat mungkin tetapi secara beransur-ansur yang memberi sedikit kesan kepada perancangan kenaikan kadar, kata Presiden The Fed cawangan Boston Eric Rosengren pada Rabu.

Rosengren yang juga salah seorang yang berpengaruh dalam The Fed memihak kepada kenaikan kadar sejak 12 bulan lepas.

“Dengan membiarkan sebahagian kecil dari pegangan bon menjadi matang, dan kemudian mengurangkan jumlah sekuriti pelaburan semula secara beransur-ansur, pengetatan kadar faedah jangka pendek sepatutnya tidak mempunyai perbezaan dalam keadaan ketiadaan pengurangan penyata imbangan,” kata Rosengren.

Rosengren menyokong tiga kali lagi kenaikan kadar tahun ini yang melebihi ramalan The Fed di mana pasaran menjangka hanya dua kali lagi kenaikan pada 2017.

Beliau juga mengatakan tentang pasaran pekerjaan US di mana kadar pengangguran telah jatuh kepada 4.5 peratus adalah paras keseimbangan yang belum lagi menolak inflasi naik ke atas. Tambahnya, inflasi US dalam keadaan naik-turun di sekitar sasaran dua peratus.

Secara keseluruhan, komen Rosengren yang dibuat pada Rabu boleh ditafsirkan sebagai ‘hawkish‘ dengan beliau menjangka tiga kali lagi kenaikan kadar selepas ini berbanding jangkaan pasaran iaitu dua lagi kenaikan kadar tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat