Fuh! Tinggi Betul Pound Sterling Melonjak

788

Walaupun tiada faktor-faktor positif yang boleh merangsang kenaikan pound sterling, namun disebabkan kelemahan US dolar, matawang itu terus menokok lebih tinggi ke paras ketinggian yang dicapainya sejak Disember 2019.

Pusingan baharu rundingan perdagangan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK diteruskan pada Selasa dan dijangka berakhir pada Jumaat. Dalam laporan terbaru, Britain menyatakan harapannya supaya kesepakatan ini dapat dicapai pada bulan depan.

Dalam pada itu, Ketua Ekonomi Bank of England (BOE) Andy Haldane mengatakan bahawa ekonomi UK kini berada di landasan untuk pemulihan yang cepat daripada krisis coronavirus kerana perbelanjaan pengguna yang kuat telah membantu mengembalikan hampir separuh kerugian disebabkan wabak itu.

Kenyataan yang positif ini sedikit sebanyak mendorong meningkatkan sentimen pelabur terhadap pound sterling berbanding US dolar yang lemah.

Di samping itu, penerbitan data inflasi UK pada petang ini akan menjadi tumpuan utama pelabur di sesi Eropah, yang mana indeks harga pengguna (CPI) terbaru diunjurkan sedikit lemah.

Sementara itu, dolar greenback terus didagangkan lemah meskipun terdapat laporan bahawa pihak Demokrat bersedia untuk berkompromi untuk mencapai kesepakatan dalam pakej rangsangan AS.

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dalam satu temubual memberitahu bahawa pihaknya bersedia untuk mengurangkan kos dalam pakej rangsangan yang dicadangkan Demokrat sebelum ini kepada separuh.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan rendah pada 92.24. Raja matawang itu sebelum ini jatuh ke paras terendah sejak Mei 2018 pada 92.124 ketika sesi New York.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat