Fuhhh Saham MyEG Panas Macam Pisang Goreng!

1,451

Saham MyEG Services Bhd melonjak 13.26% ke paras tertinggi sejak Mei 2018 pagi ini selepas syarikat itu menjalinkan kerjasama dengan Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical Co Ltd (Zhifei) bagi memperoleh sijil pengesahan halal untuk vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh firma dari China itu serta mengedarkan vaksin berkenaan secara esklusif di negara ini selama tiga tahun.

Pada pukul 10.30 pagi, MyEG menyaksikan sahamnya meningkat sebanyak 24 sen kepada RM2.05.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MyEG hari ini, syarikat tersebut memaklumkan kedua-dua firma telah menandatangan memorandum persefahaman (MoU) dan bersetuju untuk bekerjasama menjalankan ujian klinikal vaksin Covid-19 Fasa 3 di Malaysia dan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ujar MyEG lagi, pelaksanaan ujian Fasa 3 itu akan menjadikan vaksin dihasilkan oleh Zhifei sebagai satu-satunya vaksin yang menjalani ujian fasa akhir di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Zhifei merupakan subsidiari Chongqing Zhifei Biological Products Co Ltd dan telah terlibat dalam industri produk biologi sejak 2002 khususnya penghasilan vaksin untuk manusia.

Syarikat itu merupakan antara lima firma China yang menjalankan ujian klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 di beberapa lokasi di dunia.

Sekiranya ujian Fasa 3 itu berjaya, MyEg akan menjadi satu-satunya pengedar vaksin di negara ini.

Ketika ini, MyEG juga mengendalikan portal sehenti untuk pemeriksaan Covid-19 bagi pekerja di negara ini, merangkumi kerjasama perkongsian data dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat