Fungsi Deposit LUNO Masih Ditutup Ramai Trader Hilang Peluang Beli Bitcoin Pada Harga Murah?

1,345

Luno dalam kenyataan pada 22 April berkata telah mengaktifkan semula fungsi pengeluaran wang (withdrawal) yang mana akan membenarkan pelanggan-pelanggannya menghantar permintaan baru untuk pengeluaran wang bermula pada Ahad (22 April).

Kesemua permintaan pengeluaran wang itu akan diproses bermula pada 2 Mei 2018.

Walaupun begitu, deposit ke akaun Luno masih lagi ditutup ketika ini dalam kenyataannya pada Ahad lalu. Namun, Luno berjanji akan terus berusaha mencari penyelesaian kepada deposit dan pemgeluaran wang Ringgit supaya masalah ini selesai dalam jangka masa panjang.

Sesetengah pelanggan setia Luno melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan pengaktifan fungsi deposit. Hal ini kerana peningkatan harga matawang-matawang crypto sejak dua minggu yang lalu menyebabkan mereka terlepas peluang untuk membeli matawang crypto pada harga murah. Bitcoin kini naik ke paras harga $9,304 setakat pada pukul 6.12 petang pada Rabu berbanding paras terendah $6,252 yang direkod pada 6 Februari lalu.

Luno adalah pusat tukaran utama yang menjadi pilihan trader matawang crypto di Malaysia sejak beberapa tahun lepas. Trader menukarkan Ringgit kepada Bitcoin atau Ethereum sebelum menghantar dana tersebut ke pusat tukaran yang lain, antaranya Binance untuk berdagang dengan lebih banyak pilihan matawang.

Dengan masalah yang dihadapi oleh Luno sejak tahun lalu, trader dan pelabur crypto di Malaysia mengalami sedikit kesukaran untuk membeli Bitcoin dan Ethereum pada harga terendah khususnya sejak sebulan yang lalu. Walaupun ada beberapa pilihan pusat tukaran yang lain, Luno dilihat lebih selamat berdasarkan sejarah operasi mereka sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat