Futuristik! Rumah NFT Pertama Ini Terjual Pada Harga Lebih $500,000!

730

Seorang individu berasal daripada Toronto telah membuat pembelian rumah maya pada tanda harga $512,712 menerusi laman web pasaran non-fungible token (NFT), SuperRare.

Macam tak masuk akal tapi rumah itu tidak hanya terhad sebagai tatapan grafik tetapi boleh juga dimuatnaik ke metaverse malah, membina semula rumah tersebut di dunia sebenar.

Untuk pengetahuan, metaverse adalah dunia maya yang menyerupai SimCity atau Minecraft. Antara metaverse NFT yang terkenal ialah Decentraland, laman web yang dimiliki oleh komuniti di mana pengguna boleh membina realiti mereka.

Rumah tersebut, ‘Mars House’ direka oleh Krista Kim ketika musim kuarantin kerana wabak COVID-19. Ia diinspirasikan oleh motif kesejahteraan menerusi reka bentuk meditative.

Jika dilihat pada klip tersedia, rumah itu sepenuhnya dibina menggunakan kaca. Ini bermakna untuk menjadikan ia sebahagian daripada realiti, pembeli itu boleh membina semula dengan mengupah pembuat perabot kaca di Itali atau pancarkan menerusi skrin LED.

Dalam satu kenyataan, Kim menyarankan kepada peminat NFT untuk memasang dinding LED untuk seni digital, “Ini adalah masa depan dan Mars House telah membuktikan keindahan yang tidak mustahil.”

Pada masa yang sama, Decentraland telah menunjukkan pertumbuhan yang positif sejak beberapa bulan ini. Tokennya, MANA telah merekod nilai pasaran pada lebih $1 juta dengan harga yang didagangkan ketika penulisan adalah $0.97, susut lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat