G7 Bagi ‘Green Light’ Penubuhan Matawang Digital Bank Pusat (CBDC) Tetapi Bersyarat!

520

Barisan kementerian kewangan daripada negara-negara ekonomi membangun G7 telah mengadakan perbincangan berkaitan matawang digital bank pusat (CBDC) semalam di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Mereka yang merangkumi 7 negara besar; Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom (UK), dan AS telah bersetuju dengan 13 prinsip dasar umum mengenai pelaksanaan CBDC.

Berikut merupakan sebahagian rincian dasar yang dikemukakan oleh G7:

  1. CBDC perlu menyokong dan tidak memberi ancaman kepada kebolehan bank untuk memenuhi mandat terhadap monetari.
  2. CBDC tidak sepatutnya mengundang ancaman terhadap kestabilan kewangan.
  3. CBDC perlu memenuhi standard ketat yang digariskan.
  4. CBDC sewajarnya melengkapi tunai
  5. CBDC juga sepatutnya boleh tampil sebagai cecair dan aset penyelesaian yang selamat.
  6. CBDC berupaya menjadi tunjang kepada sistem pembayaran.
  7. Pengeluaran CBDC tidak patut melanggar mandat bank pusat.
  8. Pengeluaran CBDC sepatutnya memenuhi standard ketat bagi aspek privasi, ketelusan, dan menanggung perlindungan terhadap maklumat pengguna.
  9. Mana-mana CBDC perlu berdasarkan kepada komitmen ketelusan bagi jangka panjang, syarat undang-undang, dan pentadbiran ekonomi yang baik.
  10. CBDC menampung tanggungjawab dalam mengurangkan risiko terhadap sistem kewangan dan monetari antarabangsa.

Buat masa sekarang, China mendahului perlumbaan pelancaran CBDC – yuan digital.

Sekatan China terhadap industri kripto di negara itu menunjukkan usaha mereka mahu mempromosi dan mengawal aliran monetari bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat