Gara-Gara Bitcoin (BTC) Susut 10% Selepas Capai ATH Terbaru, Pasaran Kripto Merah Menyala!

4,019

Belum pun komuniti kripto menyaksikan lonjakan Bitcoin (BTC) melepasi paras $70,000 semalam, harga raja kripto itu menyusut hampir 10% pada hari yang sama.

Apa yang berlaku?

Harga Bitcoin merekodkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH), $69,019 semalam, menjadikan rekod pertama dalam sejarahnya menghampiri paras $70,000.

Lonjakan terbaru BTC berkaitan dengan peningkatan Indeks Harga Pengguna (CPI) tahunan Amerika Syarikat sehingga paras 6.2% pada terbitan Oktober, menjadikan ia rekod tertinggi sejak tiga dekad yang lalu.

Berdasarkan pemerhatian, inflasi teras di Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 4.6% sejak Ogos 1991.

Bagaimanapun pasaran kripto diheret ke lautan merah apabila BTC susut sebanyak 8.98% sehingga ke paras terendah harian, $62,831.35 pada hari yang sama selepas menyentuh paras ATH.

Dikatakan sebanyak $700 juta aset kripto telah dicairkan dengan data daripada Bybt merekodkan 81% aktiviti pencairan daripada posisi belian (long positions), dan kebanyakkan berlaku di platform pertukaran kripto Binance.

Sementara itu di Bitmex mencatatkan pencairan tunggal terbesar dengan nilai sehingga $65.66 juta. Ia melibatkan Cardano (ADA) dengan jumlah pencairan aset tersebut sehingga 65%.

Ketika penulisan, BTC mencatatkan nilai dagangan, $64,687 susut hampir 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat