Gara-gara China, Minyak Sambung Mengganas Lagi!

489

Dagangan minyak mentah melanjutkan kenaikan lebih tinggi pada hari Jumaat, di tengah-tengah prospek permintaan global yang bertambah baik dan bekalan yang ketat.

Penanda aras minyak mentah Brent menembusi paras harga $94 buat pertama kali sejak November 2022, untuk didagangkan pada $94.53 ketika sesi Asia.

Sementara dagangan minyak WTI Amerika Syarikat juga meningkat lebih jauh ke paras tertinggi baharu 10 bulan dengan didagangkan kukuh pada $91.10 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 4% pada minggu ini dan berada di landasan untuk keuntungan minggu ketiga berturut-turut.

Pada sesi Asia, data ekonomi China tanpa dijangka mencatat bacaan lebih kukuh pada bulan Ogos, melihatkan jualan runcit meningkat 0.4% dan pengeluaran industri China pula naik 4.5%.

Selain itu, bank pusat China mengurangkan keperluan rizab tunai untuk semua bank bagi meningkatkan pemulihan ekonomi negara, sekali gus mengangkat prospek permintaan dalam pengimport minyak mentah utama dunia itu.

Dari segi penawaran, OPEC, kerajaan AS dan Agensi Tenaga Antarabangsa semuanya meramalkan defisit pasaran pada suku keempat disebabkan oleh pemotongan bekalan lanjutan oleh Arab Saudi dan Rusia.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat