Gara-gara Lebih Daripada 270 Mesej Yang Dihantar, Menteri Kewangan Scotland Letak Jawatan!

508

Menteri Kewangan Scotland, Derek Mackay telah meletak jawatan beberapa jam sebelum beliau membentangkan bajet tahunnya. Hal ini demikian kerana beliau didakwa telah menghantar beratus-ratus mesej yang tidak sepatutnya kepada remaja lelaki berusia 16 tahun di media sosial.

Dalam sebuah kenyataan, menteri tersebut menyifatkan dirinya telah melakukan perkara bodoh. Menurut sebuah akhbar, Derek Mackay yang berusia 42 tahun itu telah menghantar lebih 270 mesej di Facebook dan Instagram seorang remaja lelaki. Antara kandungan mesej yang dihantar ialah beliau memuji remaja tersebut sebagai ‘comel’ dan mengajaknya pergi ke perlawanan ragbi serta makan malam bersama.

Selain itu, beliau terus menganggu remaja berkenaan dengan mesej yang tidak sepatutnya walaupun setelah mengetahui usianya. Walau bagaimanapun, tindakannya itu dianggap tidak melanggar undang-undang.

Rentetan daripada itu, Derek Mackay menyatakan bahawa berkhidmat dalam kerajaan merupakan satu keistimewaan baginya dan beliau memohon maaf kerana telah menghampakan rakan sekerja dan penyokongnya.

Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan seorang ‘rising star’ dalam Scottish National Party (SNP), yang mengendalikan pentadbiran Scotland berasaskan separa autonomi di Edinburgh. Di samping itu, beliau memiliki potensi yang besar untuk menggantikan Menteri Pertama, Nicola Sturgeon yang berkhidmat sebagai pemimpin SNP dan memperjuangkan kemerdekaan negara berkenaan dari United Kingdom.

Hakikatnya, terdapat pelbagai isu yang membabitkan SNP. Salah satu daripadanya ialah berkaitan dengan tuduhan terhadap bekas ketua parti berkenaa, Alex Salmond yang didakwa melakukan serangan seksual wanita dengan cubaan merogol.

Sehubungan dengan itu, Alex Salmond bertindak meninggalkan parti tersebut pada Ogos 2018 semasa percubaan membersihkan namanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat