Gara-Gara Lockdown Di Victoria, Prospek Ekonomi Australia Bertambah Parah

240

Dolar Aussie didagangkan susut pada sesi Asia berikutan ditekan oleh prospek pertumbuhan yang suram oleh Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe dan kelemahan data ekonomi China.

Ketika memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Tetap Ekonomi Dewan Rakyat pada awal pagi tadi, Lowe mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak mungkin meningkat sehingga suku keempat tahun ini.

Sekatan di Victoria untuk membendung penularan wabak Covid-19, dikatakan telah menjejaskan pemulihan yang sedang berlaku dalam ekonomi Australia.

Menurut Lowe, sikap rakyat terhadap perbelanjaan telah berubah kerana pandemik. Besar kemungkinan isi rumah dan perniagaan akan terus lebih berhati-hati dan ini akan mempengaruhi penggunaan serta pelaburan.

Gabenor Lowe menyeru kepada setiap peringkat dalam kerajaan untuk bekerjasama menyumbang bantuan kewangan yang diperlukan untuk meningkatkan pekerjaan dan mengheret ekonomi keluar daripada kemelesetan.

Setelah menurunkan kadar faedahnya ke paras terendah 0.25% dan melaksanakan program pembelian bon pada pertengahan Mac, Lowe mengatakan bahawa tindakan oleh bank pusat ada batasnya.

RBA telah memberi isyarat yang jelas bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan selagi ia tidak mencapai sasaran inflasi dan pekerjaan. Malah, Lowe mengatakan ia mungkin akan kekal di tahap 0.25% sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

Selain itu, Philip Lowe juga menyatakan bahawa beliau lebih sukakan nilai dolar Aussie yang lebih rendah untuk membantu meningkatkan pertumbuhan pekerjaan.

Sementara itu, data ekonomi China yang menjadi tumpuan utama pasaran di sesi Asia memaparkan kejatuhan dalam jualan runcit pada bulan Julai, manakala pertumbuhan pengeluaran perindustrian pula stabil pada 4.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat