GBP/JPY Dijangka Kekalkan Siri Kenaikan Harga

834

Mata wang Pound Sterling tidak memberi reaksi ketara susulan laporan data inflasi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah hari ini.

Indeks harga pengguna mencatatkan kenaikan kepada 0.7% berbanding jangkaan untuk kekal pada 0.6%. Indeks harga pengeluar juga turut mencatatkan bacaan yang positif.

Namun, Pound gagal untuk memaparkan reaksi yang jelas dengan pergerakan harga kekal perlahan.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/JPY, harga masih dilihat bergerak dalam trend bullish menyambung kenaikan harga pada minggu lalu.

Yen Jepun kekal bergerak lemah sebagai mata wang safe-haven ketika sentimen pasaran positif sejak minggu lalu.

Ditambah dengan pengukuhan Pound sebelum ni, dapat dilihat harga telah melonjak dari zon resistance 145.00 sehingga ke paras ketinggian 147.500 setakat dagangan hari ini.

Sesi Asia menyaksikan harga susut sedikit namun masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang belum memberi isyarat untuk perubahan trend menurun harga.

Jika harga masih meneruskan kenaikan pada sesi-sesi berikutnya, sasaran paras harga terbaru adalah pada 148.500. Paras ini merupakan zon rintangan pada dagangan Mac 2019.

Namun pelabur perlu berhati-hati jika berlaku situasi penurunan harga semula.

Jika harga turun lebih rendah di bawah paras sokongan 146.600 dan juga paras MA50, penurunan lebih rendah dijangkakan menuju zon RBS (resistance become support) pada 145.00 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat