GBP/USD Catat Paras Terendah Terbaru Di Penutup Minggu Ini

177

Pergerakan harga yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu ini seakan memberi isyarat untuk keluar dari zon mendatar 100 pips.

Situasi ini dilihat dipengaruhi oleh pengukuhan yang berlaku semula pada mata wang US dolar berikutan laporan serangan balas yang dilancarkan Israel ke atas Iran pagi ini (Jumaat).

Perkembangan perang yang semakin tegang itu sedang diperhatikan pelabur, namun apa yang pasti, sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada dagangan safe-haven.

Kesan langsung dilihat pada US dolar di sesi Asia pagi ini yang mengukuh selepas di sesi sebelumnya menunjukkan tanda-tanda pemulihan semula.

Selepas mendatar di bawah paras rintangan 1.25000 sepanjang minggu ini, di sesi Asia pagi ini melihatkan harga turun menguji paras sokongan pada 1.24000.

Dengan momentum yang dipaparkan, harga berisiko untuk susut lebih rendah jika paras sokongan tersebut ditembusi.

Selepas menguji paras 1.24000 itu, harga dilihat melantun semula dengan pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu kekal sebagai isyarat bearish.

Menyambung dagangan pembukaan sesi Eropah, harga kembali hampiri semula 1.24000.

Jika harga ditekan jatuh lebih rendah ke bawah zon itu, penurunan lanjut bakal diperlihatkan dengan sasaran terbaru akan beralih kepada paras 1.23000.

Harga akan terus catatkan paras terendah terbaru tahun ini, dan terendah untuk tempoh dagangan 5 bulan.

Namun, lonjakan harga tidak mustahil untuk berlaku dengan ketidaktentuan dagangan pada penghujung minggu.

Lonjakan semula harga selepas harga gagal melepasi support 1.24000 akan menjangkakan rintangan pada 1.25000 menjadi sasaran.

Kenaikan lebih tinggi boleh menjadi isyarat untuk perubahan trend bullish dengan faktor-faktor terbaru yang mempengaruhi pergerakan harga dengan tumpuan beralih pula pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat