GBP/USD ‘Lemau’ Je Dekat Sekitar Zon Harga $1.2600

95

Jika pelabur perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, corak penurunan dilihat diteruskan untuk beberapa sesi.

Pengukuhan US dolar yang dikekalkan menyaksikan harga ditekan hingga ke sesi Eropah di mana harga susut sedikit di bawah paras 1.26000.

Namun momentum pengukuhan raja mata wang itu mula pudar di sesi New York susulan pasaran dilihat lebih berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) hari ini (Rabu).

Berikutan itu, harga dilihat melantun di atas paras 1.26000 sebelum menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 1.26200.

Pergerakan harga walau bagaimanapun berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Harga dijangka bergerak perlahan sebelum mula memaparkan pergerakan drastik pada terbitan data inflasi AS sebentar lagi.

Setelah itu, barulah keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) akan dinantikan pada Khamis yang bakal memacu pergerakan harga di penghujung minggu.

Sekiranya harga menjunam ke bawah paras 1.26000, pelabur akan melihat sebagai isyarat pergerakan bearish buat harga yang bakal diteruskan selepas penurunan beberapa sesi sebelum ini.

Penurunan harga akan menuju sekitar 1.25500 sebelum menguji paras tumpuan pada 1.25000 yang dilihat akan menjadi sokongan buat harga.

Namun jika harga sebaliknya menunjukkan lonjakan hari ini, paras ketinggian dicapai di awal minggu hampir 1.26700 berkemungkinan akan diatasi.

Seterusnya kenaikan akan diteruskan menuju zon rintangan tumpuan yang berada pada 1.27000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat