GBP/USD ‘Lemau’ Nak Teruskan Kenaikan! Ini Sebabnya

245

US dolar berpaling arah untuk bergerak lemah semula pada dagangan Khamis semalam ketika pasaran sedang berhati-hati menunggu petunjuk terbaru pada data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) di sesi New York hari ini.

Mata wang utama lain mengambil kesempatan di atas kesempitan US dolar itu, namun penganalisis memberi amaran untuk kekal berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang berisiko.

Pound Sterling meningkat perlahan semalam hanya mengurangkan separuh kerugian pada hari sebelumnya berikutan tekanan masih berada pada mata wang Britain itu.

Situasi ekonomi UK tidak memberi keyakinan dengan penurunan inflasi dan tinjauan isi rumah yang dipengaruhi tekanan taraf hidup tinggi.

Bekas ahli MPC bank pusat England (BOE) Michael Saunders melihat akan berlaku pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Ogos dan kadar faedah akan mencapai paras 3.5% di penghujung 2025.

Berlaku kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi Eropah semalam, namun sekadar mencapai sekitar 1.26700.

Harga sedikit berundur menuju penutup sesi New York dan penurunan perlahan masih lagi dilihat berlaku pada sesi Asia pagi ini.

Pergerakan harga yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih memberi isyarat bearish buat harga.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menguji 1.26000 sebagai zon support tumpuan harga.

Tidak mustahil untuk penurunan harga diteruskan menembusi zon itu sebelum sasaran beralih pada sekitar 1.25000.

Sebaliknya jika lonjakan kembali tercetus pada dagangan penghujung minggu ini, melepasi halangan MA50 akan melihatkan harga untuk menguji pula paras rintangan 1.27000 yang gagal dilepasi di awal minggu.

Kenaikan lebih tinggi akan menjadi isyarat perubahan trend bullish seterusnya mendorong harga untuk menuju sehingga zon 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat