GBP/USD Mampu Kekal Di Atas $1.2700 Minggu Ini?

143

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berubah di pertengahan minggu lalu.

Pada awal minggu dapat diperhatikan penurunan harga berlaku ketika US dolar berjaya mengukuh, namun momentum gagal dikekalkan di penghujung minggu.

Pound pula berjaya paparkan pemulihan dan mengurangkan semula tekanan US dolar sebelumnya, selepas data inflasi UK diterbitkan dengan angka yang lebih tinggi berbanding ramalan.

Justeru, harga yang diperhatikan jatuh mencecah paras 1.26000 kemudiannya melantun semula sekitar 100 pips dan berlegar di zon 1.27000 hingga sesi terakhir minggu tersebut.

Jika situasi pada minggu ini kekal memihak kepada Pound, harga pada carta GBP/USD boleh naik lebih tinggi lagi.

Harga memulakan dagangan di sesi Asia pagi ini dengan corak kenaikan perlahan melepasi paras 1.27000.

Isyarat bullish diperhatikan apabila pergerakan harga kembali berada di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan hingga ke sesi-sesi berikutnya, paras dicapai pada minggu sebelum ini akan diuji semula iaitu sekitar 1.27800.

Seterusnya, zon rintangan 1.28000 pula akan menjadi sasaran untuk pelabur perhatikan reaksi apabila kenaikan harga diteruskan ke sekitar itu.

Namun jika harga selepas ini gagal bertahan di atas paras 1.27000, penurunan bakal berlaku dan harga akan kembali bergerak di bawah halangan MA50 semula.

Petanda untuk permulaan pergerakan bearish harga itu akan membuatkan pelabur berwaspada untuk penurunan menuju semula paras 1.26000 yang dicecah minggu lalu.

Jika paras tersebut turut ditembusi, paras terendah terbaru akan dicatatkan dengan sasaran adalah pada sekitar 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat