GBP/USD Melonjak 80 Pips, Kenaikan Bakal Diteruskan?

575

Faktor penyusutan semula US dolar dalam pasaran telah mendorong lonjakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Selepas corak penurunan harga dipaparkan sejak awal minggu, harga dilihat melonjak semula pada sesi New York semalam ekoran tekanan US dolar terhadap Pound mula reda kembali.

Sebelum ini US dolar terus menekan harga lebih rendah walaupun pelabur menjangkakan akan berlaku kenaikan harga selepas isyarat positif bank pusat England ke arah langkah pengetatan dasar monetari mereka.

Namun, pengukuhan Pound pada minggu lalu hanya sementara sebelum pengukuhan US dolar pada penghujung minggu susulan reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP AS yang memberangsangkan telah mengheret harga jatuh lebih rendah.

Pada sesi dagangan New York semalam, harga yang turun hampir ke zon support 1.38000 telah melonjak semula sekitar 80 pips menuju zon SBR (support become resistance) 1.39000.

Pelabur waspada terhadap pergerakan Pound yang mungkin bergelora pada hari ini (Khamis) menjelang terbitan data tumpuan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku kedua pada awal sesi Eropah sebentar lagi.

Penyusutan US dolar yang berterusan berkemungkinan boleh mendorong kenaikan harga lebih tinggi menembusi rintangan pada zon SBR 1.39000.

Kenaikan yang diteruskan akan kembali mensasarkan semula zon rintangan pada 1.40000 yang gagal dicapai ketika siri kenaikan harga pada penghujung Julai lalu.

Namun jika US kembali mendapat rentak untuk mendominasi semula ke atas Pound, harga bakal turun menguji sekali lagi zon support 1.38000.

Penurunan harga yang diteruskan boleh mencecah semula ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.37000 dan juga zon support 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat