GBP/USD Paling Cemerlang, Selesai Akhiri Pergerakan Suram Sebelum Ini

701

Meneliti kepada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga akhirnya telah menamatkan pergerakan suram yang dipamerkan sebelum ini dengan lonjakan bergaya pada penghujung minggu lalu.

Bermula sesi Eropah dan menyambung ke sesi New York (Jumaat), pergerakan harga nampaknya telah menokok sekitar 100 pips untuk hampir mencapai zon SBR (support become resistance) 1.38000.

Lonjakan yang ditampilkan itu secara tidak langsung telah mencatat paras tertinggi terbaharu bagi 4 minggu namun harga dilihat sedikit menyusut pada pembukaan dagangan di sesi Asia hari ini (Isnin).

Pergerakan harga yang dipamerkan juga kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat trend kenaikan yang lebih ketara.

Matawang Pound terus mengambil kesempatan untuk mengukuh berbanding matawang USD yang disuntik oleh kenyataan hawkish yang dilontarkan oleh Gabenor Bank of England (BOE) baru-baru ini.

Para pelabur turut dijangka akan menantikan terhadap penerbitan data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada Rabu bagi menilai sama ada pengukuhan Pound ini dapat diteruskan ataupun tidak.

Kemungkinan yang lebih tepat bakal memperlihatkan harga pada carta GBP/USD untuk kembali menuju ke zon SBR 1.38000 untuk terus melonjak dengan agresif dalam membuat HH (higher high) terbaharu.

Penganalisis menjangkakan pergerakan harga berupaya mencapai zon rintangan 1.39000 pula sekiranya harga berjaya mengekalkan rekod cemerlang seperti pada penghujung dagangan minggu lalu.

Namun sebaliknya jika penurunan harga kembali berlaku melepasi paras halangan MA50, zon RBS (resistance become support) 1.37000 dilihat akan diuji sebelum jangkaan untuk harga terus menyusut.

Penurunan yang lebih rendah bakal menyaksikan pergerakan harga mencecah zon RBS selanjutnya pada 1.36000 dan akan memberi isyarat awal untuk harga membuat perubahan trend semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat