GBP/USD Pamer Lonjakan Awal Selepas Cecah Paras Terendah Terbaru $1.14500

166

US dolar bergerak sepi di sesi dagangan awal minggu semalam (Isnin) sehingga bersambung pada Selasa memberikan ruang kepada mata wang utama yang lain termasuk Pound untuk meraih keuntungan buat seketika.

Menjadi tumpuan semalam adalah pada pengumuman pelantikan Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baru iaitu Liz Truss menewaskan pencabarnya Rishi Sunak bagi menggantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Boris Johnson.

Tanpa membuang masa, Liz Truss dilihat telah bersedia dengan pelan rangsangan $130 bilion untuk mengatasi krisis lonjakan harga tenaga di UK dan dilihat memberi sokongan untuk peningkatan nilai Pound pada sesi Asia pagi ini.

Peningkatan Pound juga didorong oleh penyusutan yang dipaparkan oleh US dolar yang dilihat gagal untuk mengekalkan pengukuhan minggu lalu selepas terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Pelabur kini menantikan terbitan data sektor pembuatan AS tinjauan ISM yang akan menjadi tumpuan pada sesi New York malam dan dijangka akan mempengaruhi pergerakan US dolar untuk menjadi penilaian pelabur.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, terdapat petunjuk untuk berlakunya perubahan trend pada lantunan harga pada dagangan awal minggu ini.

Pada pembukaan sesi dagangan Asia semalam, harga mulanya menyusut sehingga menyentuh paras sokongan harga 1.14500 mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun, sejak Mac 2020.

Namun bersambung ke sesi dagangan Eropah pula, harga mula melantun naik semula tdan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga sehingga ke penghujung sesi New York berakhir.

Bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini, harga menyambung lonjakan melepasi halangan MA50 tersebut dengan kenaikan sekitar 90 pips sehingga menyentuh paras halangan 1.16000 untuk isyarat pergerakan trend bullish bakal bermula.

Sekiranya harga berjaya melepasi rintangan pada 1.16000 tersebut, dijangkakan harga akan meneruskan lonjakan melepasi pula paras 1.16500 dengan sasaran untuk menuju sehingga ke zon support become resistance (SBR) pada 1.17600-1.18000.

Sebaliknya jika harga gagal untuk menembusi paras halangan 1.16000, berkemungkinan penyusutan akan berlaku semula untuk harga menguji paras sokongan MA50 sebelum memberi petunjuk bagi arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga memberi isyarat bearish semula dengan penurunan di bawah paras MA50, harga sekali lagi akan menguji paras sokongan 1.14500 yang dicecah semalam sebelum mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun pada corak penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat