GBP/USD Papar Lonjakan Lagi, Petunjuk Permulaan Trend Bullish?

325

Faktor penyusutan US dolar pada dagangan Rabu semalam turut memberi ruang untuk harga meningkat pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang memberi isyarat awal untuk perubahan trend.

Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam mendorong prestasi suram US dolar selepas bacaan data laporan pekerjaan ADP dan pertumbuhan ekonomi AS suku keempat, agak mengecewakan.

Namun pelabur mungkin juga sedang berwaspada menantikan laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat sebelum menilai pergerakan harga selanjutnya khususnya buat mata wang US dolar.

Pada carta GBP/USD semalam, harga sekali lagi bergerak di atas paras 1.31000 sebelum kenaikan menguji semula zon rintangan 1.31700-1.32000 dengan kenaikan harian sekitar 90 pips dicatatkan.

Namun selepas menguji zon tersebut, harga kemudiannya susut semula sehingga ke penghujung sesi New York ke paras sekitar 1.31300 dan mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).

Pelabur tidak menolak petunjuk untuk perubahan trend bullish selepas harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD semula.

Sekiranya paras tersebut kekal menyokong untuk kenaikan harga, zon rintangan 1.32000 akan terus diuji untuk kenaikan yang diteruskan.

Melepasi kenaikan pada zon tersebut akan mendorong pergerakan pada trend bullish harga untuk menuju ke zon rintangan pada ketinggian 1.33000 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Sebaliknya jika harga akur untuk susut lebih rendah semula di bawah paras 1.31000, penganalisis kekal melihat sasaran penurunan harga untuk menuju zon support pada 1.3000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat