GBP/USD Pulih Minggu Ini, Bakal Cabar Semula Rintangan $1.2700!

133

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menamatkan dagangan di penghujung minggu lalu agak mendatar.

Penurunan harga yang dipamerkan pada pertengahan minggu tidak berjaya diteruskan susulan US dolar kembali bergerak suram.

Di sesi terakhir, data indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bacaan yang kurang memberangsangkan pada Mei.

Pound terselamat dari terjerumus lebih rendah, data-data tumpuan pada minggu ini akan menentukan arah harga selanjutnya.

Dapat dilihat pada carta GBP/USD di awal minggu ini, corak kenaikan mula dipaparkan selepas isyarat awal perubahan trend di penghujung minggu lepas dengan pergerakan harga berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan harga dilihat akan sekali lagi mencabar paras rintangan 1.27000 yang gagal ditembusi minggu lalu selepas diuji.

Jika berjaya tembus, harga akan mengorak lebih tinggi dengan sasaran untuk menuju pula zon berikutnya pada 1.28000.

Namun, dengan data-data penting yang bakal muncul minggu ini akan membuatkan dagangan tidak menentu.

Kejatuhan semula harga juga boleh berlaku untuk harga berubah arah semula dan memberi isyarat pertukaran trend bearish.

Sekiranya harga susut lebih rendah, berkemungkinan zon support pada 1.26000 akan dihampiri semula setelah minggu lalu gagal disentuh.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat