GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar memacu naik lebih 290 pips Jumaat lalu, dari paras terendah sekitar 1.5230 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5445; selepas David Cameron dan Parti Konservatif memenangi pilihan raya lebih baik daripada jangkaan sekaligus meninggalkan Parti Buruh dalam debu. Pound telah didagangkan sekitar 1.5250 menjelang pilihan raya Khamis lalu. Satu lonjakan awal untuk pound, datang lewat Khamis apabila berita pemilihan keluar, menunjukkan undian yang kukuh bagi Konservatif.

Dalam satu bidalan lama, “pasaran benci ketidakpastian,” kata Louise Cooper, penganalisis bebas di Cooper City, dalam satu nota kepada klien mereka. “[Perdana Menteri David] Cameron telah memerintah selama lima tahun yang lalu, dan pelabur tahu apa yang mereka boleh dapat dengan Cameron dan [Canselor George] Osborne. Dengan ekonomi yang berada pada paras terbaik dan inflasi sifar, Konservatif telah memang besar dan mendapat tempat di hati rakyat.

“Namun hanya kerana parti yang sedia ada kekal dalam kuasa, itu tidak bermakna yang ianya satu lampu hijau untuk membeli aset UK; walaupun ini adalah kali pertama mereka menang majoriti dalam tempoh 23 tahun.” menurut Kathy Lien dari BK Asset Management.

“Kemenangan itu didorong oleh janji Cameron untuk satu referendum keahlian Kesatuan Eropah dan keputusan yang kukuh untuk Parti Kebangsaan Scotland bermakna, mereka boleh membuat tawaran lain untuk kemerdekaan. Meyakinkan pengundi UK dan Scotland untuk mengekalkan status quo akan menjadi satu perjuangan berat, yang boleh memperbaharui ketidakpastian bagi Pound” tambah beliau lagi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat