GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar terus memacu naik lebih 210 pips Isnin semalam, dari paras terendah sekitar 1.5390 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5585 setelah Pound terus mendapat permintaan terkesan dari keputusan pilihanraya yang diluar jangkaan. “Interest rate” kekal pada 0.5% selepas Bank of England mengumumkan keputusan dasar kewangan yang pertama selepas pilihan raya. “Interest rate” telah berada di paras terendah dalam sejarah selama enam tahun, dan kejatuhan inflasi telah menolak harapan untuk masa kenaikan kepada 2016.

Sementara itu minit mesyuarat April Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mencadangkan satu pusingan “agresif” kerana ia menunjukkan kemungkinan bahawa inflasi mungkin pulih dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan sebelum ini. Indeks Harga Pengguna (CPI) inflasi mencapai sifar pada bulan Februari dan Mac – berbanding jangkaan negatif – bermakna mungkin risiko negatif telah berjaya dielakkan.

BoE telah berkata ia menjangka CPI, yang telah berada di bawah tekanan di tengah-tengah kejatuhan harga minyak dan perang harga oleh pasar raya, untuk menjadi negatif “pada satu ketika dalam beberapa bulan akan datang”. Walau bagaimanapun mesyuarat yang terbaru juga berkata, satu lagi punca inflasi yang rendah – kekuatan Pound yang telah membuatkan import lebih murah – mungkin telah menaikkan CPI lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Pada Jumaat lalu, GBP meningkat 0.49% berbanding USD dan ditutup sekitar 1.5445, selepas Perdana Menteri UK, David Cameron kembali berkuasa selepas Parti Konservatif menang majoriti dalam pilihan raya umum di Britain. Dalam berita ekonomi pula, defisit dagangan mengecil kepada UK £2.8 bilion pada Mac daripada £3.3 bilion pada Februari. Sementara itu, indeks harga rumah Halifax juga meningkat 1.60% pada bulan April, berbanding dengan kenaikan dikemaskini 0.60% pada bulan sebelumnya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat