GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Aug 2015

45

Carney and UK Bank of England

Pound Dollar terus jatuh lebih 260 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5450 sebelum menutup sekitar paras 1.5455; setelah dolar kembali semula daripada kejatuhan selepas beberapa pegawai Feds berkata Federal Reserve AS tidak melihat masalah mata wang jangka pendek dari China. Keyakinan pengguna di Amerika Syarikat dilaporkan pada paras tertinggi yang baru, sekaligus memperbaharui sentimen kenaikan “interest rate” AS pada tahun ini.

Di pasaran UK, baru-baru ini data ekonomi UK telah memberi isyarat bercampur-campur. Pasaran perumahan dan pemulihan inflasi teras kelihatan cukup kuat untuk mewajarkan “interest rate” yang lebih tinggi, menurut penganalisis, tetapi angka-angka jualan runcit masih jauh daripada jangkaan.

Apabila pasaran menjangkakan BoE bakal menaikkan kadar lebih lewat, sedikit risiko dapat dilihat terhadap sentimen sterling yang lebih kukuh dan terus mengesyorkan kedudukan yang telahpun berlebihan. Pasaran matawang telah menolak masanya untuk kenaikan “interest rate” UK kepada sekitar suku ketiga tahun depan berbanding awal 2016; apabila BoE menerbitkan laporan inflasi suku tahun tiga minggu lalu.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat