Gbp/Usd Jatuh Lebih Dari 100 Pip, Theresa May Dapat Hak Memulakan Proses Brexit

68

Pound Sterling (GBP) jatuh ke paras terendah lapan minggu lalu berbanding US dolar dan juga matawang utama yang lain berikutan perkembangan politik terbaru di UK berkaitan dengan terma-terma perpisahan dari Kesatuan Eropah.

Theresa May pada Isnin memenangi hak untuk menjalankan proses formal Brexit dari Parlimen, dan kini risiko ketidaktentuan ini telah berakhir. Kini rundingan bersama Kesatuan Eropah akan menjadi perhatian pasaran.

Jurucakap beliau menidakkan ‘spekulasi’ laporan media bahawa Perdana Menteri akan menjalankan proses itu seawal Selasa dan menegaskan ia akan dilakukan beberapa hari sebelum penghujung Mac.

Sterling menguat selepas berita Menteri Pertama Nicola Sturgeon mahu mengadakan referendum kemerdekaan Scotland hujung tahun 2018 atau 2019 tersebar. Penguatan Gbp ini dilihat oleh penganalisis sebagai satu kelegaan kerana undian itu tidak diadakan tahun ini.

“Pencetusan artikel 50 sudah tersebar dan akan menyebabkan matawang Gbp dalam keadaan turun-naik (volatility),” kata John Wraith, Ketua Strategi Kadar dan Ekonomi di UBS.

Hari ini saja Gbp/Usd telah jatuh lebih dari 100 pip dari paras tertinggi 1.2219 ke paras terendah setakat artikel ini ditulis di 1.2108.

Gbp menjadi matawang yang paling banyak merekodkan penurunan berbanding matawang negara maju yang lain, dengan The Fed bersedia untuk menaikkan kadar pada Khamis, Gbp dijangka akan jatuh lebih banyak lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat