Genetec Susut Setelah Capai Rekod ‘All-Time High’ Terbaharu

60

Harga saham Genetec Technology Bhd jatuh pada sesi dagangan di Bursa Malaysia pagi tadi selepas mencatatkan paras tertinggi terbaharu RM18.50.

Penyusutan berkenaan berlaku disebabkan oleh para pelabur mengambil keuntungan berikutan kenaikan harga yang mendadak.

Pada pukul 10.16 pagi, harga saham Genetec turun sebanyak 3.78% kepada RM17.30, sekali gus mendahului senarai kaunter paling rugi ketika sesi dagangan pagi tadi.

Pada awal dagangan hari ini, Genetec telah meningkat 52 sen atau 2.89% ke paras tertinggi terbaharu pada RM18.50.

Pada paras RM18.50, Genetec memiliki nilai pasaran kira-kira RM933.14 juta berdasarkan kepada 20.44 juta saham terbitan syarikat itu.

Genetec menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu telah mengeluarkan 100,500 saham baru pada harga RM1.37 sesaham berikutan pelaksanaan opsyen di bawah Genetec ESOS.

Harga saham Genetec telah meningkat secara mendadak susulan kebanyakan para pelabur mempertimbangkan pendedahan terhadap permintaan global untuk kenderaan elektrik (EV).

Para pelabur yang memantau perkembangan korporat Genetec juga menyedari bahawa pemegang saham terbesarnya, Chen Khai Voon telah meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pada 6 Julai lalu, menurut makluman Genetec kepada Bursa Malaysia, Khai Voon telah menambah pegangan langsung dan tidak langsung beliau kepada 18.288% yang terdiri daripada 9.23 juta saham setelah memperoleh 86,200 saham di pasaran terbuka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat