Geopolitik & Monetari: Dua Faktor Tumpuan Pasaran Ketika Ini

61

Pengerusi Federal Reserve, Janet Yellan akan membentangkan laporan kepada kongres minggu ini, dengan Presiden Trump ketika ini semakin kurang dalam pendiriannya untuk meletakkan rakyat US sebagai keutamaan.

Yellen akan memberikan testimoni atau membentangkan laporan polisi monetari yang dibuat sekali setiap enam bulan. Laporan ini akan dibentangkan kepada Senat pada Selasa dan ‘House of Representative’ pada Rabu.

Trump sebelum ini seperti membenarkan slogan ‘One China’ dengan menyatakan bahawa beliau menghormati slogan tersebut dalam perbualan telefon bersama Presiden China Xi Jinping. Trump dalam pertemuan bersama Shinzo Abe pula tidak berfokus kepada nilai matawang. Hal inimemberi sedikit kelegaan kepada perdagangan global dan menyebabkan US dolar meneruskan tren kenaikannya.

Ada juga penganalisis berpendapat, jika Trump masuk dalam peperangan nilai matawang akan menyebabkan kenaikan harga bagi barangan import disebabkan kejatuhan nilai US dolar.

Dalam ucapan Yellen pula pada Selasa dan Rabu, beliau dijangka akan menegaskan perlunya kenaikan kadar secara berperingkat dalam pengetatan polisi monetari di US. Kenaikan secara berperingkat ini adalah berikutan sasaran inflasi yang masih belum dicapai.

Pasaran juga melihat  tiada kenaikan kadar sebelum mesyuarat Jun ini dan menjangka kadar hanya akan dinaikkan sebanyak dua kali sahaja pada 2017. Kumpulan penganalisis ini berpendapat, The Fed perlu menunggu lebih banyak isyarat jelas dalam polisi fiskal Trump sebelum membuat keputusan untuk menaikkan kadar.

Secara keseluruhannya, faktor geopolitik (Trump) dan Monetari (Yellen) ini akan menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat