GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Nov 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar $10/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,088.70/oz ke serendah 1079.70, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah para trader kini menimbang kenaikan kadar Fed AS.  Emas telah berada di bawah tekanan sepanjang empat minggu lalu, kerana jangkaan pasaran bagi kenaikan kadar Federal Reserve AS pada Disember ini, terutamanya selepas laporan NFP yang kukuh dilaporkan pada awal bulan ini.

Pegawai-pegawai Feds berulang kali dalam ucapan mereka menegaskan bahawa kenaikan kadar pada Disember ini adalah wajar, dan risiko menunggu terlalu lama kini lebih kurang dalam keseimbangan dengan risiko bergerak terlalu cepat, untuk mengembalikan kadar selepas tujuh tahun pada paras hampir sifar.  Emas yang tidak membayar sebarang kadar pulangan kini bersaing dengan pelaburan yang berkadar seperti bon, terutamanya apabila kadar meningkat.

[adrotate group=”6″]

Kontrak niaga hadapan dana Feds, yang digunakan oleh pelabur dan trader untuk meletakkan pertaruhan terhadap dasar bank pusat, menunjukkan bahawa mereka melihat kemungkinan 70% untuk peningkatan kadar daripada Federal Reserve AS pada mesyuarat dasar 15-16 Disember ini, menurut data dari Kumpulan CME. Kebarangkalian adalah 58% sebelum laporan NFP Jumaat lepas dan 38% sebelum mesyuarat FOMC Feds bulan lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat