GOLD Analisa Fundamental Harian 17 Mar 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Emas yang awalnya meningkat lebih $9/oz pada sesi Asia, merudum lebih $13/oz sepanjang sesi Eropah Isnin semalam; apabila pasaran mula memberikan tumpuan awal kepada mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung awal pagi Khamis ini.  Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang berada diatas pivot mingguan – sekitar $1,159.58 dan carta harian masih lagi dalam fasa downtrend dengan pembatalan pada sekitar $1,202.67/oz

Semenjak pasaran dipenuhi spekulasi kenaikan awal “interest rate” AS, emas telah jatuh lebih $150/oz sejak hujung Januari lepas.  Kejatuhan ke paras terendah sekitar $1,147.43 pada minggu lepas, telah digunakan sebaiknya oleh para pelabur jongkong emas dan bank-bank pusat bagi meningkatkan simpanan emas fizikal mereka.  Emas yang tidak membayar sebarang “interest” sudah tentunya hilang tarikan dengan kenaikan sebarang “interest rate”.

Di pasaran hadapan, sentimen dilihat bercampur-campur, dengan harga tertinggi untuk kontrak Jun 2015 pada sekitar $1,164 dan kontrak Ogos 2015 pula, pada sekitar $1,163.8 Dalam satu laporan Bloomberg, dana berasaskan emas dilaporkan susut nilai dua minggu berturut-turut dan yang terburuk sejak 2014.  Pegangan Dana terbesar dunia, SPDR Gold Holdings, telah jatuh kepada 750 tan emas – yang terendah sejak Januari lalu.  Pasaran dijangka ‘ranging’ sehingga mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat