Pound Dollar melonjak lebih 120 pips Isnin semalam, dari paras terendah harian, sekitar 1.4730, dengan pasaran yang dilihat mula mengambil untung sebelum mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti. Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran GBP|USD sedang berada dibawah pivot mingguan – sekitar 1.4860 – dan pivot hari ini adalah sekitar 1.4803 Downtrend di carta harian masih lagi utuh dengan pembatalan pada sekitar 1.5020
Di pasaran ekuiti United Kingdom, Index FTSE100 telah memasuki fasa downtrend di carta harian dengan pembatalan pada sekitar 6,905. Dengan kenyataan terbaru Gabenor Bank of England, Mark Carney Khamis lalu, bahawa beliau tiada sebab untuk menyokong kenaikan segera “interest rate” UK; pasaran ekuiti dijangka terus dalam momentum uptrend.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK hari ini, Dollar dijangka terus menguasai pasaran, terutamanya dengan “building permit” AS yang dijangka bertambah dari 1.05 juta kepada 1.06 juta. Walau bagaimanapun, pasaran secara umum dijangka terus ‘ranging’ sehingga mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.