GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Jan 2016

42

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas bangkit semula lebih $20.80/oz Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,097.30/oz sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $1,089.10/oz; setelah kejatuhan pasaran saham Asia menyebabkan logam berharga dibida, walaupun kenaikan dihadkan oleh jangkaan peningkatan kadar AS seterusnya. Pasaran Saham Asia merosot ke paras terendah dalam masa 3-1/2 tahun, terkesan daripada tekanan baru ke atas harga minyak dan data China yang mengecewakan; sekaligus membimbangkan para pelabur mengenai ekonomi global.

[adrotate group=”6″]

Logam berharga emas mencecah paras dua bulan tertinggi sekitar $1,112.00/oz pada minggu lepas, apabila turun naik dalam pasaran saham China mengundang bidaan aset ‘safe-haven’, tetapi dagangan kembali jatuh apabila sentimen kenaikan kadar AS yang selanjutnya, mengurangkan permintaan bagi aset yang tidak berkadar seperti emas dan bon. Harga emas tenggelam pada hari Khamis, apabila minyak mentah dan pasaran ekuiti AS bangkit, namun kemudiannya berpatah balik di Asia pada hari Jumaat, selepas pasaran ekuiti China jatuh kembali dan menyusutkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi utama Asia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat