GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Apr 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gold-001

Harga emas merudum lebih $20/oz pada Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar $1,196/oz, sebelum menutup lebih rendah sekitar paras $1,179.05; setelah krisis Grexit sedikit melegakan apabila menteri-menteri kewangan Euro-Zone bertemu di Riga, Latvia bagi membincangkan penyaluran baki dana kecemasan untuk Greece membuat pembayaran balik pinjaman IMF.

Walaupun Dollar AS secara umum melemah, tetapi gagal memberikan kenaikan kepada harga emas. Dollar yang lemah merupakan suatu yang positif bagi komoditi yang di sebut harga dalam Dollar, kerana ia membuatkannya lebih murah kepada pengguna mata wang lain, manakala Dollar yang lebih kukuh boleh menjejaskan harga komoditi.

Perangkaan perdagangan Switzerland untuk Mac, menunjukkan ia adalah belian fizikal yang telah menjadikan harga emas stabil dalam beberapa minggu yang lalu. Penghantaran emas keluar daripada Switzerland, adalah yang tertinggi sejak November lalu pada 223.3 tan, dengan sebahagian besar menuju ke China dan India.

China mengimport 46.4 tan dari Switzerland pada bulan Mac, jumlah tertinggi dalam sebulan sejak statistik menjadi umum pada tahun lepas. Ia adalah hampir dua kali ganda berbanding Februari lalu dan mencapai 78% dari 12 bulan sebelumnya.  UBS percaya peningkatan mungkin mencerminkan penambahan stok penjual, dan perangkaan perdagangan Hong Kong untuk bulan Mac boleh memberi lebih banyak maklumat mengenai aliran emas ke China.

Permintaan di India, pasaran kedua terbesar di dunia selepas China, juga lebih tinggi pada 72.5 tan, peningkatan 167% dari bulan ke bulan dan 127% lebih tinggi daripada setahun yang lalu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat