GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Sep 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Harga emas susut sekitar $8.50/oz Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,116.05 sebelum menutup sekitar paras $1,118.85; setelah data pekerjaan dari Amerika Syarikat masih memungkinkan kenaikan kadar, sekaligus menghilangkan daya tarikan emas kepada bakal pembeli, kerana tidak menawarkan sebarang kadar pulangan yang tetap seperti bon.

Laporan NFP AS menunjukkan ekonomi negara menambah 173 ribu pekerjaan pada bulan Ogos. Kadar pengangguran menurun dari 5.3% pada bulan Julai, kepada 5.1% pada bulan Ogos, sekaligus membawanya ke paras tujuh setengah tahun terendah. Walaupun bercampur-campur, data tersebut dilihat oleh pasaran sebagai “cukup baik” untuk membenarkan Pengerusi Feds, Janet Yellen, dalam meningkatkan kadar Amerika Syarikat dari rekod terendah 0.25%, buat kali pertama sejak 2006.

[adrotate group=”6″]

Kecairan adalah nipis semalam kerana pasaran AS yang ditutup sempena cuti Hari Buruh.  Tiada sebarang data ekonomi yang bakal dilaporkan dari AS hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat