GOOGLE – Dari Sebuah Garaj Usang Ke Empayar Di Hujung Jari

499

Zero to Hero.

Bertempatkan sebuah garaj di Menlo Park, California pada 1996, Larry Page dan Sergey Brin memulakan syarikat enjin carian (search engine) terbesar dunia iaitu Google.

Pada awal perjalanan mereka, Page telah mencipta ‘PageRank’ iaitu satu algoritma yang akan menyusun kedudukan carian (search) berdasarkan tingkah laku pengguna internet sebagai satu kemudahan.

Perkembangan dan populariti PageRank telah membuatkan Page serta Brin untuk menamakan semula enjin carian tersebut kepada ‘google’ berdasarkan angka matematik, yang menjadi titik permulaan empayar syarikat.

Pengasas bersama firma Sun Microsystems, Andy Bechtolsheim, yang tertarik dengan potensi dimiliki Google telah bertindak melabur sebanyak $100,000 dan diikuti beberapa individu ternama lain termasuk Jeff Bezos iaitu pengasas Amazon.

Pada 2004, Google akhirnya tersenarai buat kali pertama di bursa New York (NYSE) dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) pada $85 sesaham yang memberi penilaian $27 bilion ketika waktu itu.

Tahun sama juga menyaksikan Google memperkasakan pengaruhnya dengan memperkenalkan produk terbaik mereka iaitu Google Docs dan Gmail sebelum memperolehi syarikat penstriman video, YouTube pada 2006.

Menyingkap ke hadapan, Google menstruktur semula syarikat kepada Alphabet pada 2015 bagi membezakan diri dengan search engine yang semakin popular tersebut.

Sepanjang tempoh itu juga Google berkembang lebih maju melalui pengenalan browser Chrome, perisian khas berintegrasikan Google, menceburi industri telefon dan penciptaan Google Map.

Sungguhpun begitu, perjalanan Alpahabet dalam membina sebuah empayar search engine terkemuka dunia bukannya mudah.

Semasa 2002 lalu, syarikat itu hampir dibeli oleh pesaingnya Yahoo pada harga $3 bilion namun nasib menyebelahi Google.

Selain itu, perkhidmatan Google juga pernah disekat China pada 2010 serta berdepan kes saman bersama Oracle pada tahun sama. Malah tempoh sedekad selepas itu juga menyaksikan pelbagai cabaran yang terus ditempuh Google, namun masih berjaya bertahan hingga kini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat