Google Ikut Jejak Apple, Facebook Pula Yang Akan Terima Kesan

1,105

‘Lepas ni pengguna Android tak perlu risau pasal iklan yang annoying.’

Google mengumumkan bahawa mereka akan mengguna pakai sekatan privasi baharu yang akan menghalang penjejak maklumat merentasi aplikasi pada peranti Android.

Tindakan Google ini dilihat mengikuti jejak Apple yang memperkenalkan sekatan privasi untuk menghalang syarikat pengiklanan dari mengambil maklumat pengguna terhadap peranti iPhone.

Ini bermakna Google akan menggantikan penggunaan Advertising ID pada semua peranti yang selama ini mengumpul maklumat untuk membantu syarikat pengiklanan menjejaki dan berkongsi maklumat pengguna.

Antara yang bakal menerima kesan yang teruk daripada tindakan ini adalah Facebook milik Meta.

Dulu, Apple yang telah memperkenalkan sekatan terhadap peranti keluarannya telah menyebabkan Meta, yang bergantung kepada maklumat pengguna untuk diberikan kepada syarikat pengiklanan mengalami kerugian jualan syarikat sebanyak $10 bilion. Ia turut menyebabkan Meta kehilangan permodalan pasaran sebanyak $232 bilion dalam masa sehari.

Google turut mengkritik tindakan Apple itu namun tidak menamakan syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Google dinyatakan akan melakukan sekatan privasi tersebut secara berperingkat-peringkat dalam masa 2 tahun lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat