‘Google’ Versi Korea Selatan Terima Padah Gara-gara Menipu!

484

Portal internet terbesar Korea Selatan, Naver dijatuhi hukuman denda sebanyak $ 23 juta dolar buat pertama kali kerana memanipulasi hasil carian yang memihak kepada perkhidmatan membeli-belah dalam talian sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Naver persis seperti Google di Korea Selatan, yang merangkumi update kehidupan seharian melalui perkhidmatan termasuk portal berita, beli-belah secara atas talian dan blog.

Selain itu, ianya merupakan syarikat ketiga terbesar yang disebut di bursa saham utama Seoul, dengan modal pasaran sebanyak 50 trilion won, menempa nama selepas syarikat gergasi chip memori Samsung Electronics dan SK Hynix.

Suruhanjaya Perdagangan Korea, penguam antimonopoli negara, mendedahkan bahawa Naver mengubah algoritma berkali-kali antara 2012 dan 2015 untuk menaikkan kedudukan produknya sendiri lebih tinggi daripada para pesaing. Mereka didakwa telah memperkenalkan sistem yang “menjamin peratusan tertentu” hasil carian teratas adalah dari perkhidmatan beli-belah secara atas taliannya sendiri.

Sehubungan dengan itu, tindakan tersebut dianggap sebagai penyelewengan pasaran dan sebuah penipuan kepada para pelanggan.

Lebih mengejutkan lagi, ini adalah kali pertama Seoul menjatuhkan hukuman terhadap syarikat operator carian kerana membuat perubahan algoritma untuk kepentingannya sendiri.

Sementara itu, Naver dikhabarkan menguasai pasaran carian dalam sektor beli-belah secara atas talian Korea Selatan sebanyak lebih daripada 70%

Walau bagaimanapun, mereka menolak keputusan itu dan berjanji akan mengemukakan bukti di pengadilan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat