Government Shutdown: Apakah Sebenarnya Yang Terjadi Dan Kesannya Kepada US Dolar?

2,557

Republikan masih gagal memujuk Demokrat untuk menyokong tambahan dana sehinggalah bermulanya minggu baru pada hari ini. Kerajaan ditutup bermula pada tengah malam Jumaat dan beberapa sesi rundingan sepanjang hujung minggu masih tetap gagal membawa kedua-dua pihak kepada titik persamaan.

Disebabkan hal ini, beratus ribu kakitangan kerajaan dijangka terjejas bermula hari ini dengan sebahagian akan mengambil cuti tanpa gaji dan sebahagian lagi bekerja tanpa dibayar.

Presiden Trump dalam twitternya mahu Senat menggunakan ‘pilihan nuklear’ untuk mengatasi masalah ini di mana ia akan mengubah syarat 60-undian dan membenarkan Republikan meluluskan undang-undang tanpa sokongan Demokrat. Namun, Ketua Senat Republikan Mitch McConnell sendiri tidak menyokong saranan Trump itu.

Kenapa Demokrat dan Republikan tidak bersepakat?

Demokrat mahu Republikan dan Trump menimbang tentang ‘perancangan imigran’ sebagai sebahagian daripada perjanjian bajet kerajaan. Namun, Republikan tidak mahu menyetujui sebarang perkara selagi kerajaan masih ditutup.

Demokrat yang tidak mahu menyokong kelulusan dana tersebut jika Trump tidak meluluskan perlindungan tetap terhadap 700,000 imigran yang dibawa masuk semasa pemerintahan Barack Obama.

Tahun lalu, Trump menamatkan program DACA (program Tindakan Tertangguh Ketibaan Kanak-Kanak) yang melindungi 700,000 dreamers iaitu imigran tanpa dokumen yang tiba di AS.

Ahli-ahli Senat bekerja dan berusaha sepanjang hujung minggu agar mendapat kata sepakat semua pihak bagi melanjutkan bajet kerajaan dan menamatkan penutupan kerajaan. Tetapi sehingga lewat Ahad masih tiada perjanjian yang dicapai.

Tumpuan pasaran?

Kita dapat melihat kesan terhadap US dolar disebabkan ketidaktentuan ‘government shutdown’. Kini tumpuan pasaran adalah kepada undian sekali lagi di Senat tengah malam ini di Kongres Amerika Syarikat.

Sehingga kini, kesan ‘government shutdown’ terhadap ekonomi AS masih tidak diketahui. Ini akan bergantung kepada tempoh berapa lama kerajaan AS ditutup, di mana semakin lama akan semakin banyak memberi kesan buruk kepada ekonomi dan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat