Goyang Lutut Pelabur, Pasaran Dijangka Merah Sepanjang Minggu

221

Pasaran saham memperlihatkan trend penurunan kembali, mengundurkan keuntungan yang dicatat minggu lalu, dengan pelabur menimbang prospek kenaikan kadar faedah menjelang acara tahunan Simposium Jackson Hole pada minggu ini.

Difahamkan bahawa pelabur menjangkakan pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan mengesahkan kenaikan kadar yang agresif, seperti yang diramalkan ahli ekonomi dengan lonjakan 50 mata asas pada September.

Atas faktor tersebut pasaran Wall Street memperlihatkan beberapa indeks mengakhiri sesi dagangan minggu lalu dalam ‘lautan merah’ sementara niaga hadapan S&P 500 susut 0.5% dan niaga hadapan Nasdaq pada 0.6%.

Situasi sama juga berlaku di rantau Asia apabila pasaran memulakan dagangan awal minggu pada nota lemah.

Indeks Nikkei 225 Jepun turun 1.19%, Topix susut 0.91% manakala Kospi Korea Selatan jatuh 1.15% dan Kosdaq hilang 1.27%.

Tolok S&P/ASX 200 Australia junam 1% sementara indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun turun 0.3%.

Antara sorotan di pasaran Asia adalah tindakan bank pusat China yang dijangka akan mengurangkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 10 and 15 mata asas.

Pada sisi berbeza, pergerakan mata wang menyaksikan greenback terus mengukuh 108.18 pada minggu lalu berbanding sejumlah yang lain.

Bagi komoditi, lonjakan pada dolar telah memberi kesan kepada penurunan emas dan minyak.

Minyak mentah Brent turun $1.02 pada $95.70 sementara minyak mentah Amerika Syarikat (AS) hilang 99 sen pada $89.78 manakala emas diniagakan pada $1,744 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat