Greenback Mula Memantapkan Kedudukan dalam Sesi Asia!

40

US Dollar memantapkan kedudukan selepas mencecah paras terendah dalam tempoh 5 minggu berbanding Yen berbanding matawang lain pada Jumaat. Kejatuhan US Dollar ini berlanjutan selepas sidang media Donald Trump yang dikatakan mengecewakan pasaran minggu ini.

Data perdagangan China dijadual akan dikeluarkan lewat pagi ini sebagai pemangkin pasaran dan menumpukan perhatian kepada data lebihan dagangan yang besar ditengah-tengah ketegangan hubungan Trump dengan China.

Lebihan dagangan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia ini diramal telah berkembang kepada $46.50 Billion pada bulan Disember berbanding bulan sebelumnya.

US Dollar dinilai pada paras 114.85, meningkat sebanyak 0.2 peratus, selepas jatuh ke paras terendah dalam masa lima minggu.

Dalam minggu ini, US Dollar telah kehilangan kira-kira 1.6 peratus, iaitu kejatuhan bagi minggu keempat berturut-turut. Kejatuhan ini juga merupakan penurunan mingguan terbesar yang pernah dicatat sejak Julai.

US Dollar Index berada pada paras $101.51 dalam sesi ini. Indeks ini tergelincir dari paras tertinggi selepas sidang akhbar pertama oleh Trump gagal untuk memberi sebarang butiran mengenai langkah-langkah terperinci mengenai dasar ekonomi yang telah dirancang sebelum ini.

Matawang Greenback juga seakan kecewa kerana sidang media tersebut dicemari oelh tuduhan tidak berasas oleh Trump terhadap Russia.

Walaupun begitu, beberapa penganalisis kekal berpendapat bahawa US Dollar akan kembali mendapatkan momentum sebaik sahaja pasaran mendapat maklumat lanjut mengenai rancangan Trump.

Ulasan Sidang Media Trump dan Sebab Kejatuhan US Dollar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat