Ulasan Sidang Media Trump & Sebab Kejatuhan US Dolar

46

Pada mulanya US dolar menguat secara mendadak menjelang sidang media Trump malam tadi. Pasangan matawang Usd/Jpy menguat dua jam sebelum sidang media tersebut bermula sehingga mencapai 116.86.

Trump pada mulanya menolak spekulasi media yang melibatkan beliau dengan Rusia dan menuduh agensi yang terlibat telah membocorkan berita palsu. Namu begitu, Trump mengakui pihak Rusia terlibat dalam penggodaman pilihanraya US baru-baru ini.

Dari segi konflik komitmen beliau antara pentadbiran US dan perniagaannya, Trump dilihat seorang yang beretika dengan kesanggupannya melepaskan tanggungjawab di dalam syarikatnya dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada anaknya untuk mengemudi syarikat beliau.

Beliau berjanji akan menghasilkan banyak pekerjaan di dalam ekonomi US. Namun tiada komen spesifik tentang rangsangan fiskal dan perubahan kepada struktur cukai di US.

Selain itu, beliau mengatakan perlunya untuk membuat perjanjian perdagangan yang lebih baik untuk mengelakkan kerugian perdagangan dari China dan Mexico. Beliau memberi amaran bahawa syarikat-syarikat US tidak akan memindahkan operasi ke Mexico kerana akan berhadapan dengan cukai sempadan yang tinggi.

Beliau juga menegaskan akan membuat sempadan dengan Mexico secepat mungkin kerana Mexico telah banyak mendapat faedah dari US. Namun, Trump menegaskan bahawa beliau menghormati kerajaan Mexico dan semua kesilapan ini adalah disebabkan pentadbiran US sebelum ini.

US dolar kehilangan momentum disebabkan kekecewaan pasaran disebabkan tiada komen tentang polisi fiskal dan perubahan kepada struktur cukai di US. Sehingga ketika ini, US dolar masih melemah berbanding kesemua matawang utama dunia termasuk Ringgit Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat