Akhirnya El Salvador rasmi melombong matawang kripto, Bitcoin (BTC) menggunakan gunung berapi.
Berdasarkan twit rasmi oleh presiden negara itu, Nayib Bukele, mereka telah berjaya melombong 0.0059 BTC bernilai $260 (~RM1,086).
We’re still testing and installing, but this is officially the first #Bitcoin mining from the #volcanode 🌋
— Nayib Bukele (@nayibbukele) October 1, 2021
Ini merupakan kejayaan pertama El Salvador dalam menghasilkan BTC menggunakan kaedah ‘volcanode’ walaupun mereka sebenarnya masih di dalam fasa pemasangan dan pengujian.
Sebagai rekod, ekonomi El Salvador sebahagian besarnya bergantung kepada tenaga geoterma dan merupakan salah satu pengeluar terbesar dunia.
Penghasilan BTC menggunakan tenaga alam sekitar ini merupakan impian Bukele sejak kerajaan mahu menjadikan raja kripto ini sebagai tender sah.
Kejayaan ini tidak mustahil tanpa kerjasama bersama firma tenaga geoterma, LaGeo.
Jika perlombongan Bitcoin sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi, Bukele percaya melalui ‘volcanode’, penghasilan BTC adalah lebih murah dan 100% mesra alam.