Gunung Berapi Jadi Sumber Tenaga Perlombongan Bitcoin (BTC) Di El Salvador

1,043

Presiden El Salvador, Nayib Bukele memilih untuk menghasilkan perlombongan Bitcoin (BTC) menggunakan sumber tenaga alam semulajadi dari gunung berapi.

Berdasarkan twitnya yang dimuatnaik pada tengah malam waktu tempatan, usaha itu akan dijayakan dengan kerjasama firma tenaga geoterma, LaGeo.

Idea itu dicadangkan ketika penghasilan Bitcoin (BTC) masih berkait rapat dengan isu pencemaran alam sekitar kerana penggunaan tinggi tenaga elektrik dan pembebasan karbon yang tidak terkawal.

Bukele percaya kaedah tersebut lebih murah dan 100% mesra alam.

Tenaga geoterma adalah haba yang dihasilkan dari lapisan bawah Bumi sehingga ke magma. Kaedah penggalian perlu digunakan untuk mengakses wap dan air panas bagi menggerakkan turbin menggunakan penjana elektrik.

Dalam kemaskini terbaru, pihak LaGeo telah berjaya menggali telaga baru yang menghasilkan sekitar 95MW tenaga geoterma.

El Salvador telah menjadi perhatian dunia setelah menjadi negara pertama mengiktiraf Bitcoin (BTC) sebagai tender sah. Dalam tiga bulan sebelum menjadi matawang rasmi El Salvador selain dolar, Bukele berharap selepas ini rakyat mengutamakan Bitcoin dan dolar sebagai rujukan matawang.

Malah, tidak mustahil selepas ini lebih banyak firma kripto akan berpindah ke negara tersebut untuk mengelak daripada cengkaman pihak penguatkuasa seperti yang dihadapi oleh sektor kripto di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat