Habis Jahanamlah Pound Macam Ni!

750

Harapan untuk UK mengangkat keseluruhan sekatan coronavirus mungkin musnah selepas kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan rancangan penghapusan sekatan coronavirus secara menyeluruh di negara itu.

Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan mengumumkan penangguhan tersebut pada hari ini, di mana sekatan yang sepatutnya berakhir pada 21 Jun, akan dilanjutkan kepada dua hingga empat minggu lagi.

Tindakan ini dibuat susulan peningkatan mendadak kes daripada varian Delta yang pertama kali dikesan di India, di mana ia kini membentuk lebih 90% daripada jangkitan coronavirus baru.

Pegawai kesihatan kerajaan meluahkan kebimbangan terhadap varian tersebut kerana sebahagiannya tidak terkesan dengan vaksin, dan 40% lebih mudah tersebar daripada varian Alpha yang pertama kali dikesan di UK sebelum ini.

Menurut laporan, UK akan melakukan tinjauan pada dua minggu pertama, dan boleh mengangkat semua sekatan pada 5 Julai sekiranya kemasukan kes hospital masih rendah. Jika tidak, sekatan mungkin dilanjutkan lagi sehingga 19 Julai.

Susulan laporan ini, matawang pound dibuka lebih rendah pada pembukaan sesi Asia, selain turut terkesan dengan pengukuhan semula raja matawang US dolar menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat