Habislah Alphabet, Amazon Dan Faceook!

668

Perancis dan Belanda telah mengusulkan peraturan EU yang lebih ketat untuk mengawasi firma teknologi besar, seperti Alphabet, Facebook dan Amazon.

Berdasarkan dokumen tersebut, kedua-dua negara mencadangkan agar pihak berkuasa EU dapat mengawal kedudukan pasaran dari platform teknologi besar ini.

Menurut Cédric O, setiausaha negara untuk peralihan digital di Perancis, objektif mereka adalah untuk merancang kerangka kerja yang cukup efisien bagi mengatasi impak yang lebih besar terhadap ekonomi Eropah.

Tambahnya lagi, akses kepada data, perkhidmatan merupakan salah satu alat yang efisien sepatutnya digunakan, dengan pendekatan yang dibuat secara khusus, untuk mengatasi monopoli pasaran dan memastikan pengguna diberikan kebebasan untuk memilih.

Selain itu, EU didakwa telah mengadakan perbincangan mengenai Big Tech dan isu persaingan selama 12 bulan terakhir. Di samping menjalankan penyiasatan anti-trust terhadap beberapa firma terbesar, suruhanjaya tersebut juga menggubal undang-undang perlindungan data.

Sementara itu, pasukan yang dikendalikan oleh Margrethe Vestager, ketua polisi persaingan untuk EU, akan mengemukakan proposal mengenai alat baru yang akan memungkinkan institusi tersebut memiliki kekuatan yang lebih utuh dalam mengawasi ekonomi digital sebelum akhir tahun ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh jurucakap institusi berkenaan, suruhanjaya itu sedang mempertimbangkan bagaimana meningkatkan fungsi pasaran digital secara holistik dengan menggunakan cadangan yang dikumpulkan semasa perundingan (umum) ini.

Tambahan daripada itu, mereka sedang dalam proses menyelesaikan proses pengumpulan bukti yang lebih besar dan tetap berkomitmen untuk mengemukakan proposal perundangan pada akhir tahun 2020.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat