Habislah! Coinbase Disasar 10 Pengawal Selia Negeri!

146

“SEC tak rehat, baru cari pasal dengan Binance sekarang Coinbase pula.”

Harga saham Coinbase (COIN) menjunam 13% apabila 10 pengawal selia negeri menyertai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dalam memfailkan tindakan undang-undang terhadap bursa gergasi mata wang kripto itu.

Dilaporkan, Suruhanjaya Sekuriti Alabama (ASC) mengeluarkan perintah tunjuk sebab (show cause) kepada Coinbase, di mana ia mempunyai masa 28 hari untuk menunjukkan sebab mereka tidak diharuskan berhenti jual sekuriti tidak berdaftar di negeri tersebut.

Umum mengetahui tindakan itu telah dilakukan oleh pasukan petugas berbilang negeri, antaranya adalah pengawal selia Alabama, California, Illinois, Kentucky, Maryland, New Jersey, Carolina Selatan, Vermont, Washington dan Wisconsin.

Hal ini kerana pengawal selia negeri mendakwa Coinbase melanggar undang-undang sekuriti AS dengan menawarkan program ganjaran staking kepada para penduduk Alabama tanpa mendaftar dengan mereka.

Sejurus selepas menyaman Binance dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Changpeng Zhao (CZ), SEC didapati mendakwa Coinbase susulan beroperasi secara haram dan gagal mematuhi peraturannya.

Sudah sedia maklum Pengerusi SEC AS Gary Gensler yang menggunakan kuasanya untuk jatuhkan pasaran telah mendakwa Coinbase semasa bursa aset digital tersebut melancarkan kempen untuk mendapatkan kejelasan mengenai peraturan kripto.

Setakat penulisan ini, harga saham COIN menjunam sehingga $51.63 dalam tempoh 24 jam terakhir dan tergelincir sekitar 20% pada hari sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat