‘Hacker’ Cuba Jual NFT Pasport Pemimpin Belarus

282

Sekumpulan penggodam bergelar Belarusian Cyber Partisans berjaya menjual non-fungible token (NFT) yang memaparkan pasport presiden Belarus Alexander Lukashenko.

Menurut Belarusian Cyber Partisans, langkah tersebut adalah sebahagian daripada kempen pengumpulan dana bagi memerangi rejim berdarah di Minsk dan Moscow.

Malah, penggodam telah menggodam pangkalan data kerajaan yang mempunyai maklumat passport setiap warga Belarusian bagi membolehkannya melancarkan koleksi NFT dipanggil Belarusian Passports serta pasport digital yang kononnya memaparkan maklumat sebenar Lukashenko.

Namun demikian, sesetengah pemerhati mendakwa maklumat pada pasport digital tersebut adalah palsu kerana kesilapan transkripsi pada muka depan perkataan “Republic” dan kesalahan ejaan “Aleksandr”.

Walaupun begitu, penggodam tersebut teguh dengan pendiriannya untuk menjual koleksi NFT pada hari lahir Lukashenko melalui pasaran Opensea, akan tetapi rancangan gagal selepas jualan telah ditutup dengan segera dan kini dalam proses untuk mencari pilihan lain.

Tambahnya lagi, Belarusian Cyber Partisan turut akan menjual NFT yang memaparkan pasport pegawai kerajaan lain termasuklah menawarkan pasport sekutu terdekat Lukashenko dan pengkhianat rakyat Belarus serta Ukraine.

Pada waktu sama, semua dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyokong kerjanya dalam menghapuskan rejim berdarah di Minsk dan Moscow.

Sementelahan itu, jurucakap OpenSea pernah berkata kepada Gizmodo bahawa projek tersebut melanggar peraturan syarikat kerana ia seharusnya tidak mendedahkan maklumat pengenalan peribadi orang lain tanpa persetujuannya.

Secara konteks, Lukashenko merupakan tokoh yang agak kontroversi dan telah menerajui Belarus sejak penubuhan negaranya pada 1994.

Walaupun dipilih atas premis membanteras rasuah, beliau telah menganjurkan Projek Pelaporan Jenayah dan Rasuah yang bertujuan untuk menipu pilihan raya, menyeksa pengkritik dan menangkap serta memukul penunjuk perasaan pada masa lalu.

Justifikasinya, matlamat utama Belarusian Cyber Partisans adalah menghapuskan rejim diktator termasuklah enggan tunduk kepada negara itu dengan membentuk pertahanan diri sebagai tindak balas rakyat terhadap keganasan yang dilepaskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat