Hadam Isi Artikel Ini Untuk Mengetahui Sama Ada Ini Masa Terbaik Untuk “Buy” atau “Sell” US Dollar!

107

US Dollar melonjak lebih tinggi berbanding matawang yang lain pada Isnin. Sebelum ini, pengukuhan matawang tersebut sedikit terbantut disebabkan data pertumbuhan gaji yang menunjukkan kelembapan, sekali gus menjejaskan jangkaan peningkatan kadar faedah pada tahun ini.

US dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang lain, kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.26 peratus kepada 99.95.

Walaupun laporan pekerjaan pada Jumaat menunjukkan bilangan pekerjaan meningkat mengatasi jangkaan awal, pertumbuhan gaji kekal suram menyebabkan Fed mengambil pendekatan berhati-hati sebelum menaikkan kadar.

Fed kali terakhir menaikkan kadar pada bulan Disember lalu sebanyak 25 mata asas dan meletakkan unjuran kenaikan sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Minggu lepas, Fed berpendapat bahawa keadaan ekonomi semasa dilihat semakin kukuh. Bagaimanapun, Fed tidak memberikan sebarang isyarat yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar seterusnya untuk menilai kesan ekonomi terhadap dasar perlindungan Trump dan kenyataan yang akan datang.

Matawang Amerika terjejas disebabkan kebimbangan terhadap agenda “First America” yang dibawa oleh Trump.

Dalam sesi ini, US Dollar tidak banyak berubah berbanding Yen dengan USD/JPY pada 112.62.

US Dollar meningkat berbanding Euro dengan EUR/USD merosot sebanyak 0.32 peratus kepada 1.0747.

Dari Zon Euro, data pada Isnin menunjukkan bahawa pertumbuhan kilang di Jerman mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun setengah pada bulan Januari sejak Januari 2014.

Berbanding Pound, US Dollar juga dicatat lebih tinggi dengan GBP/USD merosot sebanyak 0.25 peratus.

Dollar Australia juga dicatat melemah selepas data jualan runcit dilapor mengecewakan dengan penurunan sebanyak 0.25 peratus.

Data Runcit Yang Mengecewakan Membenam Matawang Aussie!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat