Data Runcit Yang Mengecewakan Membenam Matawang Aussie!

57

US Dollar menyusut berbanding Yen pada hari Isnin sementara Aussie turut menjunam sejurus selepas data runcit dikeluarkan. Disamping itu, penganalisis pasaran masih memberikan tumpuan terhadap sebarang perubahan dasar pentadbiran oleh Trump dan beberapa dasar lain.

USD/JPY jatuh sebanyak 0.20 peratus, manakala AUD/USD menurun sebanyak 0.18 peratus kepada 0.7666.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Pasaran dikatakan masih terperangkap dengan “Trump-flation”, iaitu jangkaan hasil yang lebih tinggi dan pengukuhan US Dollar, atau “Donald Doubt”, yang bakal menyebabkan Dollar menjadi lemah disamping hasil yang lebih rendah berikutan dasar perlindungan.

Di Jepun, pendapatan tunai purata meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 0.4 peratus bagi bulan Disember. Data gaji turut menurun buat kali pertama disebabkan kos sara hidup yang mengatasi kenaikan gaji nominal.

Di Australia, data jualan runcit menurun sebanyak 0.1 peratus pada bulan Disember, lebih lemah dari peningkatan yang dijangka.

Dalam sesi ini juga, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai tidak berubah pada 99.69.

Minggu lalu, US Dollar merosot pada Jumaat apabila laporan pekerjaan AS terkini menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang mengatasi jangkaan pasaran.

Jabatan Buruh berkata ekonomi AS menambah sebanyak 227,000 pekerjaan pada bulan Januari manakala kadar pengangguran meningkat sehingga 4.8 peratus berbanding 4.7 peratus pada bulan Disember.

Kelembapan dalam pertumbuhan mendorong spekulasi bahawa Fed akan mengelakkan kadar faedah dari meningkat dengan terlalu cepat.

Dalam satu kenyataan dasar monetari terbaru pada Rabu, Fed masih tidak memberikan sebarang isyarat yang jelas mengenai peningkatan kadar kerana ingin menilai kesan ekonomi terhadap dasar pentadbiran Trump.

Kritikan Trump Langsung Tidak Melunturkan Semangat Mexico Untuk Mematerai Perjanjian Perdagangan Yang Baru!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat