Kritikan Trump Langsung Tidak Melunturkan Semangat Mexico Untuk Mematerai Perjanjian Perdagangan Yang Baru!

38

Menteri Luar Mexico, Luis Videgaray berkata sebelum ini bahawa Mexico dan Turki akan mempercepatkan rundingan dua hala bagi menandatangani perjanjian perdagangan.

Kenyataan itu turut disokong oleh Menteri Luar Turki iaitu Mevlut Cavusoglu dengan menyatakan bahawa kedua-dua negera perlu meneruskan dialog bagi mematerai perjanjian perdagangan bebas di antara kedua-dua negara.

Videgaray yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perdagangan di Mexico menyifatkan bahawa beliau ingin melihat lebih banyak syarikat Turki bertapak di Mexico terutamanya yang melibatkan sektor pembinaan dan pertanian.

Kedua-dua negara ini juga akan mengambil langkah lanjut bagi mengkaji bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua buah negara. Hala tuju perdagangan Mexico menjadi isu hangat sebelum ini apabila Trump menuduh Mexico merampas pekerjaan di Amerika Syarikat.

Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Minyak Mentah Apabila Washington Mengenakan Sekatan Terhadap Tehran!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat