Hadiah Merdeka! Inflasi Malaysia Memuncak Paras Tertinggi 14 Bulan

7,806

‘Patutlah harga roti Gardenia naik, petanda awal rupanya.’

Tatkala ini, kadar inflasi tahunan Malaysia dilihat mencanak ke paras tertinggi 14 bulan iaitu 4.4% pada Julai berbanding catatan 3.4% semasa Jun.

Ia bukan sesuatu yang di luar jangkaan memandangkan unjuran konsensus pasaran ditetapkan pada peratusan tersebut.

Mencuri tumpuan, harga makanan mencatat rekod tertinggi baharu pada 6.9% daripada 6.1% semasa Jun, yang berlaku semasa pengguna giat berbelanja ekoran pemulihan Covid-19 di Malaysia.

Rincian lanjut mengenai inflasi pada bulan Julai adalah seperti berikut:

  • Perumahan lonjak 3.8% daripada 1.2%.
  • Pengangkutan tambah 5.6% daripada 5.4%.
  • Pakaian naik 0.3% daripada 0.2%.
  • Kesihatan cambak 0.8% daripada 0.6%.
  • Rekreasi capai 2.5% daripada 2.2%.
  • Pendidikan tokok 1.2% daripada 1.1%.
  • Restoran & Hotel mekar 5.8% daripada 5.0%
  • Kepelbagaian Barangan & Perkhidmatan cecah 2.1% daripada 2.2%.

Selain itu, harga pengguna teras yang tidak merangkumi item makanan segar dan harga yang ditadbir turut meningkat 3.4% selepas catatan 3.0% pada Jun.

Difahamkan catatan tersebut merupakan bacaan tertinggi sejak Mac 2016.

Dalam pada itu, mencerap asas bulanan pula harga pengguna mencatat 0.4% semasa Julai iaitu penurunan 0.6% pada Jun yang menandakan perubahan paling drastik sejak Oktober 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat